- Rancak Borak Saham
- Posts
- Indeks saham China baru sahaja memadamkan dua tahun penurunan dalam masa tiga hari!
Indeks saham China baru sahaja memadamkan dua tahun penurunan dalam masa tiga hari!

Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
People’s Bank of China (PBOC) sekarang dalam situasi panik.
Fitch & MIDF menaikkan unjuran Dolar vs Ringgit.
Indeks saham China baru sahaja memadamkan dua tahun penurunan dalam masa tiga hari!
Analyst naik taraf saham pusat data lagi!
🦾 Master AI & ChatGPT for FREE in just 3 hours 🤯
1 Million+ people have attended, and are RAVING about this AI Workshop.
Don’t believe us? Attend it for free and see it for yourself.
Highly Recommended: 🚀
Join this 3-hour Power-Packed Masterclass worth $399 for absolutely free and learn 20+ AI tools to become 10x better & faster at what you do
🗓️ Tomorrow | ⏱️ 10 AM EST
In this Masterclass, you’ll learn how to:
🚀 Do quick excel analysis & make AI-powered PPTs
🚀 Build your own personal AI assistant to save 10+ hours
🚀 Become an expert at prompting & learn 20+ AI tools
🚀 Research faster & make your life a lot simpler & more…
EKONOMI
People’s Bank of China (PBOC) sekarang dalam situasi panik.
Ini terbukti melalui beberapa langkah luar biasa yang diumumkan dalam usaha untuk mengawal kejatuhan pasaran hartanah serta menstabilkan ekonomi.
China menghadapi tekanan besar daripada sektor hartanah dan PBOC cuba bertindak segera untuk mencegah kejatuhan lebih besar.
China akan membenarkan firma sekuriti, dana, dan syarikat insurans untuk menggunakan dana daripada People's Bank of China (PBOC) bagi membeli saham.
Apa kesannya?
Saham China dan Hong Kong naik banyak susulan berita tersebut. Salah satu kenaikan mingguan terbaik dalam sejarah.
Fitch & MIDF menaikkan unjuran Dolar vs Ringgit.
BMI, salah satu unit Fitch menaikkan unjuran USD-MYR kepada RM4.00 tahun ini dan RM3.55 pada tahun 2025, disebabkan oleh perbezaan hasil yang semakin mengecil serta pertumbuhan yang kukuh.
Dalam laporan lain, MIDF menjangkakan ringgit akan mencecah RM4.03 menjelang akhir tahun ini.
Dengan inflasi dalam sasaran BNM, bank pusat dijangka mengekalkan OPR pada kadar 3.0% untuk 2024 dan 2025. Ini akan memberikan lebih sokongan kepada ringgit.
Ekonomi utama seperti US, China telah mula mengurangkan kadar faedah, dengan lebih banyak pemotongan dijangka tahun depan.
Apa kesannya?
Saham yang bergantung pada eksport akan makin teruk terjejas disebabkan perbezaan antara kedua matawang makin menipis. Paling teruk jika syarikat tidak tukar pegangan Dollar mereka semasa kerajaan minta mereka tukar pada Ringgit sebelum ini. Kebannyakkannya syarikat sarung tangan, perabot dan semiconductor.
Saham banyak import akan lebih tinggi profit margin disebabkan barangan import boleh dibawa masuk dengan lebih murah. Saham berkaitan pengguna akan dapat manfaat seperti QL, MrDIY.
PASARAN
Indeks saham China baru sahaja memadamkan dua tahun penurunan dalam masa tiga hari!
Banyak firma broker di China kini menawarkan perkhidmatan 24/7 untuk memenuhi permintaan, apabila pelabur individu baru bergegas membuka akaun dagangan selepas pasaran saham China melonjak 16% minggu lalu, menurut Bloomberg.

Pasaran saham China melonjak dengan drastik minggu ini selepas kerajaan mengumumkan pakej rangsangan bernilai $140 bilion dan beberapa pemotongan kadar faedah. Ini adalah kenaikan mingguan terbesar sejak tahun 2008.