- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #8: Semua tunggu Fed potong kadar faedah, kunci utama survive dalam trading.
Edisi #8: Semua tunggu Fed potong kadar faedah, kunci utama survive dalam trading.

Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
Harapan dan Impak Keputusan Kadar Faedah September.
Limpahan pergerakan saham indeks KLCI ke seluruh pasaran.
TIPS: Kunci utama untuk survive dalam dunia trading.
Pasaran Hartanah Malaysia Meningkat 23.8% pada 1H2024.
Dedak murah, untung syarikat ayam dan telur.
Learn how to become an “Intelligent Investor.”
Warren Buffett says great investors read 8 hours per day. What if you only have 5 minutes a day? Then, read Value Investor Daily.
Every week, it covers:
Value stock ideas - today’s biggest value opportunities 📈
Principles of investing - timeless lessons from top value investors 💰
Investing resources - investor tools and hidden gems 🔎
You’ll save time and energy and become a smarter investor in just minutes daily–free! 👇
EKONOMI
Harapan dan Impak Keputusan Kadar Faedah September.
Pada 18 September, kita menjangkakan Bank Pusat AS (Fed) akan mengurangkan kadar faedah. Ini adalah kerana pelbagai petunjuk daripada pasaran dan penganalisis menunjukkan kebarangkalian hampir 100% untuk pengurangan sebanyak 25 tapak asas (bps).
Mengapa sekarang?
Data terkini menunjukkan tekanan inflasi berkurangan, dan pasaran buruh menunjukkan tanda-tanda kelemahan. Fed ingin mengelakkan ekonomi daripada melambat terlalu banyak sambil menjaga inflasi mendekati sasaran 2%.
Apa yang dijangkakan?
Pengurangan kadar faedah dari 5.25%-5.50% kepada 5.00%-5.25%.
Pasaran menjangkakan lebih banyak pengurangan pada 2025, mungkin sebanyak 4 kali lagi.
Impak ke atas USD
Dengan pengurangan kadar faedah, USD dijangkakan akan melemah. Ini kerana pelabur melihat AS kurang menarik berbanding negara lain yang mungkin mengekalkan atau meningkatkan kadar faedah mereka.
Impak ke atas saham dan aset lain.
Biasanya, pengurangan kadar faedah baik untuk saham kerana kos pinjaman menurun, mendorong syarikat untuk melabur dan pengguna untuk membelanjakan lebih. Harga aset seperti hartanah juga mungkin meningkat.
Perspektif jangka panjang.
Walaupun pasaran menjangkakan beberapa pengurangan lagi, Fed akan memantau data ekonomi seterusnya. Jika inflasi naik semula atau pekerjaan lebih kuat daripada dijangka, pengurangan mungkin berhenti atau lambat.
Tips untuk pelabur
Pantau data pekerjaan dan inflasi yang akan datang.
Pertimbangkan pelaburan yang lebih berisiko dengan kos pinjaman yang lebih rendah.
Alert terhadap perubahan dasar yang mungkin tidak sejajar dengan jangkaan pasaran.
Kesimpulan
Pengurangan kadar faedah September adalah langkah pertama yang mungkin menjadi pengurangan lebih lanjut, tetapi setiap langkah akan bergantung kepada data ekonomi yang akan datang.
PASARAN
Limpahan pergerakan saham indeks KLCI ke saham lain.
Setelah mengalami tekanan jualan yang berterusan sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami jangkakan akan ada limpahan ke saham selain indeks. Dalam edisi yang lepas kami ada highlight pembelian yang kuat dari pelabur asing hanya tertumpu dalam saham perbankan. Manakala penjualan kuat oleh institusi tempatan menyebabkan penjualan saham selain saham bank, ditambah penjualan saham seperti GTRONIC dan saham yang terbabit memburukkan lagi keadaan.

sumber: pickastock
Berdasarkan aliran modal peserta pasaran, kami perasan ada perubahan sebelum pasaran tutup panjang bersempena Hari Malaysia. Pelabur asing mula bertukar menjadi penjual bersih selepas banyak membeli beberapa bulan kebelakangan ini. Begitu juga dengan pelabur institusi tempatan yang sebelum ini banyak menjual kini menjadi pembeli bersih untuk 2 hari sebelum cuti panjang.
Perubahan ini mungkin menyaksikan kenaikan saham secara menyeluruh, tidak tertumpu pada saham bank. Perhatian mungkin lebih tertumpu pada saham di indeks FBM70 dan Small cap.