- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #9: Kenapa Ringgit Bergerak Berbeza dari Mata Wang Serantau?
Edisi #9: Kenapa Ringgit Bergerak Berbeza dari Mata Wang Serantau?

Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
Kitaran Aliran Wang: Kenapa Ringgit Bergerak Berbeza dari Mata Wang Serantau?
Reaksi pasaran terhadap pemotongan kadar faedah AS
RHB naik taraf saham KERJAYA
Learn how to become an “Intelligent Investor.”
Warren Buffett says great investors read 8 hours per day. What if you only have 5 minutes a day? Then, read Value Investor Daily.
Every week, it covers:
Value stock ideas - today’s biggest value opportunities 📈
Principles of investing - timeless lessons from top value investors 💰
Investing resources - investor tools and hidden gems 🔎
You’ll save time and energy and become a smarter investor in just minutes daily–free! 👇
EKONOMI
Kitaran Aliran Wang: Kenapa Ringgit Bergerak Berbeza dari Mata Wang Serantau?
Bank Pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) baru-baru ini mengumumkan pemotongan kadar faedah sebanyak 0.50%. Langkah ini bertujuan untuk merangsang ekonomi dengan mengurangkan kos pinjaman. Menurut bekas ahli ekonomi, Izzuddin Yussof:
Kita berdepan lagi dengan persoalan yang sering diulang—kenapa Ringgit jatuh atau naik bukan hanya disebabkan pergerakan USD, tetapi juga berbanding dengan mata wang negara serantau? Sekali lagi, mari kita terangkan perkara ini.
Sebab utama adalah aliran wang pelabur global. Apabila pelabur asing keluar daripada pasaran Amerika Syarikat (AS), mereka cenderung membawa dana ke negara-negara seperti Malaysia. Ini mengukuhkan Ringgit. Tetapi apabila mereka kembali masuk ke pasaran AS, dana yang telah masuk ke Malaysia juga akan keluar, menyebabkan Ringgit kembali melemah.

Inilah sebabnya mengapa Ringgit biasanya lebih kukuh berbanding mata wang serantau semasa wang keluar dari AS, tetapi akan jatuh lebih banyak apabila wang masuk kembali ke AS. Fenomena ini telah berlaku selama berdekad, namun anehnya, masih ramai yang tidak faham, termasuk pengurus dana.
Buat masa ini, sehingga sekurang-kurangnya tahun depan, aliran dana dijangka akan terus masuk ke Malaysia. Ini bermakna Ringgit akan terus mengukuh, dan pasaran saham Malaysia dijangka meneruskan 'bull run'. Namun, semuanya bergantung kepada tindakan Federal Reserve AS, terutamanya jika mereka memperlahankan pengurangan kadar faedah mereka.
Free Daily Trade Alerts: Expert Insights at Your Fingertips
Master the market in 5 minutes per day
Hot stock alerts sent directly to your phone
150,000+ active subscribers and growing fast!
PASARAN
Reaksi pasaran terhadap pemotongan kadar faedah AS.
Pasaran AS awalnya mencuba untuk hadamkan pemotongan kadar faedah lebih dari apa yang ahli ekonomi ramalkan. Ahli ekonomi jangka potong 0.25% tetapi pengerusi Federal Reserve AS umum 0.50%. Hanya bank pelaburan JP Morgan menepati ramalan, yang lain ramal 0.25%.
Pada sesi dagangan hari kejadian pasaran naik dengan volum, cuma tutup di paras negatif.
Namun, pasaran Asia meriah selepas itu dan pasaran AS juga kembali rancak selepas sesi dagangan Asia esok harinya.
Pemotongan lebih jangkaan bagi sesetengah pihak dirasakan terlebih banyak yang mungkin boleh sebabkan pasaran panik.
Jangkaan kami berapa banyak pemotongan tidak penting, yang lebih mustahak walaupun selepas pemotongan, kadar faedah AS masih tinggi dari paras biasa. Masih banyak ruang.
Pasaran emerging market dapat sambutan seperti jangkaan kami sebelum ini. (kecuali China)
Banyak saham Malaysia juga menunjukkan banyak setup yang menarik terutama saham berkaitan data centre. Rujuk remisier masing-masing untuk nasihat berkaitan.