- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #7: Chart trader guna untuk trade saham, MYEG untung besar dari bisnes baru.
Edisi #7: Chart trader guna untuk trade saham, MYEG untung besar dari bisnes baru.

Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
Chart apa trade guna untuk trading saham?
MYEG untung besar dari bisnes baru.
BNM kekal OPR.
Data ekonomi US bercampur baur. Apa kena alert?
EKONOMI
BNM kekal OPR pada kadar 3%
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3% seperti yang dijangkakan. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari selama dua hari.
Poin Utama:
Pertumbuhan Ekonomi: Ekonomi Malaysia berkembang 5.9% pada suku kedua 2024, didorong oleh perbelanjaan isi rumah, pelaburan perniagaan, dan eksport yang kukuh.
Inflasi: Inflasi utama dan teras masing-masing purata 1.8% pada separuh pertama 2024. Inflasi utama dijangka antara 2.0% hingga 3.5% untuk tahun ini.
Kadar Faedah: OPR kekal pada 3%, yang menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa terhadap inflasi dan prospek pertumbuhan.

Penjelasan Istilah:
OPR (Overnight Policy Rate): Kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat untuk pinjaman antara bank dalam tempoh semalaman.
Inflasi Teras: Ukuran inflasi yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga yang tidak stabil.
BNM menyatakan bahawa prospek ekonomi Malaysia yang positif, reformasi struktur domestik, dan inisiatif berterusan akan terus menyokong mata wang ringgit.
Learn from investing legends
Warren Buffett reads for 8 hours a day. What if you only have 5 minutes a day? Then, read Value Investor Daily. We scour the portfolios of top value investors and bring you all their best ideas.
PASARAN
Data ekonomi US bercampur baur. Apa pelabur perlu alert?
Sepanjang minggu lalu, beberapa laporan data ekonomi US telah diterbitkan seperti data perkilangan, servis, pekerjaan dan pengangguran.
Data perkilangan dan pekerjaan melemah walaupun ada data lain menguat.
Apa pelabur perlu tengok?
Data perkilangan. Kitaran pasaran dunia banyak berkisar tentang AI dan cip kebelaakangan. Kerajaan US labur banyak dalam Chip Act. Saham cip seperti Nvidia jadi superstar untuk beberapa tahun ini hasil booster perbelanjaan dari kerajaan US dalam industri cip.
Kami ada highlight tentang earnings Nvidia di dalam newsletter yang lepas.Data yang lemah mungkin boleh menjadi faktor penurunan kadar faedah dalam masa dua minggu lagi yang masih tinggi di US. Negara lain sudah mula menurunkan kadar faedah dari paras tinggi ke arah paras biasa. (Kadar biasa Malaysia 3.0%-3.25%)