Edisi #5: Pelabur asing masih dalam mode membeli di Bursa.

Selamat datang ke edisi terbaru newsletter Rancak Borak Saham! Kami komited untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini tentang pelaburan dan pasaran saham.

Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:

  • US bakal turunkan interest rates?

  • The Dow Theory

  • Bursa berdarah, musim QR yang mendebarkan.

  • Pelabur asing masih pembeli tegar saham Malaysia.

  • Abrdn borong besar saham UWC

EKONOMI
US bakal turunkan interest rates?

Telah berlansung Jackson Hole Symposium dengan ucapan Pengerusi Federal Reserve US, Jerome Powell Jumaat lepas.

Apa rumusan dari simposium tersebut?

Powell telah beri isyarat perlu ada perubahan dalam polisi Fed kepada kelonggaran polisi. Ini bermakna ada kemungkinan besar pemotongan kadar faedah di US pada bulan depan.

Pasaran US menyambut baik isyarat yang diberikan boleh pengerusi Fed tersebut. Semua indeks utama di US ditutup tinggi, masing-masing atas 1%.

TIPS
Teori Dow

Teori dow adalah satu teori yang diperkenalkan oleh Charles H. Dow di awal 1900an. Beliau juga pelopor kepada indeks Dow Jones dan juga Wall Street Journal.

Dalam Teori Dow, ada 6 perkara yang perlu anda tahu:

  1. Pergerakan harga atau indeks menunjukkan semua informasi tersedia.

  2. pasaran bergerak dalam 3 trend utama.

  3. trend utama kekal selagi tiada tanda pembatalan trend.

  4. trend utama mempunyai 3 fasa.

  5. volum perlu ada untuk mengesahkan trend utama.

  6. trend utama disahkan melalui persamaan antara indeks.

PASARAN
Saham Malaysia majoriti masih bearish, KLCI breakout semula atas 1630 pts.

KLCI pecahkan semula resistance penting.

Index penanda aras Malaysia, KLCI, pecahkan semula resistance penting 1630 buat kali kedua tahun ini untuk mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi dalam 4 tahun.

Indeks hijau, saham lain merah berdarah?

Namun begitu, market breadth (majoriti saham selain indeks) masih dalam trend yang menurun. Salah satu faktor menyumbang pada kejatuhan saham kebanyakan ini disebabkan pasaran dalam mode menjauhi risiko musim laporan kewangan.

Ada juga bisik-bisik orang pasaran menyatakan kerana ringgit kembali menguat bakal beri impak pada pendapatan syarikat-syarikat pengeksport.

Pelabur asing masih meneruskan pembelian.

Pelabur asing masih menunjukkan minat belian walaupun penjualan kuat dari Local Institutions dan retailer.

Ada beberapa saham mereka beli hingga jadi antara substantial shareholder di dalam syarikat tersebut. Kami sekalikan satu saham di section bawah.

SAHAM
Pelabur asing balun saham Malaysia

Saham UWC diborong oleh Abrdn

Saham UWC minggu ini jadi tumpuan pasaran apabila saham mereka diborong oleh Abrdn, sebuah firma pelaburan luar negara. Abrdn merupakan pelabur luar yang kebiasannya labur lama dalam syarikat di bursa kita.

Terima kasih kerana melanggan newsletter kami. Teruskan mengikuti kami di media sosial dan podcast Rancak Borak Saham di Youtube untuk kemas kini dan perbincangan menarik tentang pelaburan.

Jumpa lagi.