- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #4: IPO Blockbuster Speedmart, Kesan Kenaikan Gaji dan GDP terkini Malaysia.
Edisi #4: IPO Blockbuster Speedmart, Kesan Kenaikan Gaji dan GDP terkini Malaysia.

Selamat datang ke edisi terbaru newsletter Rancak Borak Saham! Kami komited untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini tentang pelaburan dan pasaran saham.
Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
Angka rasmi GDP terkini Malaysia, apa bagusnya?
Tips guna indicator MACD
Saham SP Setia merudum teruk, apa cerita?
Rating analyst untuk IPO panas Vetece Bhd.
EKONOMI
GDP Malaysia naik kepada 5.9%
Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan dengan GDP Malaysia untuk suku ke-2 2024 diumum naik kepada 5.9% berbanding 4.2% pada suku pertama 2024. Data ini diumum pada Jumaat lepas, melebihi ramalan awal 5.8%.

Menariknya, kenaikan ini menyeluruh dalam semua sektor ekonomi. Peningkatan paling ketara dalam sektor pembinaan dengan kenaikan sebanyak 17%. Ini berikutan kontrak-kontrak projek pembinaan yang diumum dan juga berkaitan dengan pembinaan pusat data meningkat.
Analis dari beberapa bank pelaburan menjangkakan GDP Malaysia mampu melebihi 5% untuk tahun penuh 2024 jika momentum kenaikan mampu dikekalkan.
Apa kesan kenaikan gaji dan GDP yang baik kali ini?
Limpahan pada perbelanjaan ke dalam sektor ekonomi. Bakal meransang perbelanjaan dalam sektor consumer dan kewangan.
Catalyst kepada pasaran saham Malaysia selepas penjualan panik sebelum ini disebabkan isu Carry Trade Yen.
|
TIPS
Apa dia Moving Average Convergence Divergence (MACD)?
MACD adalah satu momentum base oscillator yang telah dicipta oleh Gerald Appel.
MACD diformulasi menggunakan perbezaan 2 exponential moving averages. Apabila kita lihat pada indicator MACD, kita akan nampak 2 garisan Line MACD dan Line signal,MACD histogram dan juga garis 0 di tengah.
Jadi, bagaimana cara menggunakannya?
Cara paling asas untuk membaca indicator ini adalah apabila anda lihat 2 garis itu bersilang. Apabila ia bersilang ke atas, ia mengeluarkan signal pembelian. Apabila ia bersilang kebawah, ia mengeluarkan signal penjualan. Ianya serupa seperti strategi menggunakan moving averages.

Kredit: Investopedia
Selain daripada persilangan ini, garisan garisan ini juga akan turun dan naik dari paras 0 di tengah tengah. Apabila garisan berada sangat jauh di atas paras 0, ia boleh dikatakan dalam keadaan overbought. Apabila garisan berada sangat jauh di bawah paras 0, ia boleh dikatakan dalam keadaan oversold. Lazimnya, apabila harga di bawah paras 0, saham akan berada dalam keadaan downtrend dan uptrend apabila berada di atas paras 0. Disebabkan ini ada orang yang hanya membeli apabila harga naik di atas paras 0. Ini juga dikatakan golden cross. Pembelian di bawah paras 0 mungkin dikatakan pembelian pada harga murah tetapi tetap perlu mendapatkan confirmation dengan struktur harga dan juga volume. Sebab itu ada yang menunggu sehingga naik atas paras 0.
Kita juga boleh menggunakan indicator MACD ini untuk melihat confirmation/convergence dan juga divergence. Ramai trader yang suka mencari divergence kerana ia memberi signal pergerakan harga sudah tidak kuat,tidak selari dengan bacaan MACD. Bearish divergence berlaku dalam fasa uptrend, di mana harga membuat higher high tetapi MACD membuat lower high. Bullish divergence berlaku dalam fasa downtrend, di mana harga membuat lower low, tetapi MACD membuat higher low. Ini adalah definisi regular divergence yang biasa. Harus diingatkan, divergence tidak bermakna reversal akan berlaku. Kena faham ia hanya memberi peringatan, indicate.
PASARAN
Saham SP Setia merudum teruk, apa cerita?
Tanggal 15 Ogos 2024, saham SP Setia digantung short selling oleh Bursa Malaysia disebabkan jatuh melebihi 15% semasa dagangan hari tersebut.
Sehari sebelumnya, SP Setia baru sahaja umum quarter report terkini dan mencatatkan pendapatan terbaik dalam 6 suku.
Kenapa jatuh?
Walaupun prestasi positif, RHB Research melaporkan bahawa SP Setia mencatatkan kerugian yang lebih besar sebanyak RM101 juta daripada usaha sama (JV) Battersea Power Station disebabkan oleh perjanjian jaminan pendapatan untuk sebuah menara pejabat di Battersea Power Station.
Perjanjian JV untuk menjual menara pejabat di Battersea Power Station, yang baru siap pada bulan Mac, termasuk jaminan pendapatan untuk tempoh lima tahun.
Firma penyelidikan itu menyatakan bahawa keadaan pasaran yang lemah dan kadar penghunian yang rendah menyebabkan JV mencatatkan kerugian keseluruhan sebanyak RM125 juta.
Ini juga sebahagiannya disebabkan oleh kadar faedah yang lebih tinggi di UK yang meningkatkan pembayaran faedah projek tersebut.
Keuntungan terbaik dalam 6 suku disumbang oleh penjualan tanah, bukan dari operasi.

Kredit: The Edge Malaysia
SAHAM
Rating analyst untuk IPO panas Vetece Bhd.
Vetece Mungkin Melihat Potensi Kenaikan 104%.
Malacca Securities dalam laporannya menjangkakan fair value sebanyak RM0.51 (kenaikan sebanyak 104% berbanding harga IPO RM0.25) untuk VTC.
Fair value ini diperoleh dengan menetapkan nisbah P/E sebanyak 24.0x kepada EPS FY25f sebanyak 2.14 sen. Walaupun purata hadapan P/E rakan setara berada pada 16.2x, firma tersebut percaya VTC boleh dinilai pada P/E yang lebih tinggi sebanyak 24.0x memandangkan margin PAT yang kukuh melebihi 28% pada FY23 (berbanding purata margin rakan setara sebanyak 8.8%), ditambah dengan persekitaran kitaran naik bertemakan AI.
Prospek cantik saham sektor minyak.
Analyst Kenanga Investment Bank menaikkan jangkaan keuntungan FY25F sebanyak 5% dan Target Price kepada RM3.37.
DIALOG mencatat keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk kali kedua dalam FY24, didorong oleh prestasi kuat segmen produk pakar serta pengurangan kos kewangan.
Keuntungan bersih teras meningkat 20% YoY, terutamanya disebabkan oleh peningkatan hasil daripada segmen produk specialist produk top line.
Dalam jangka masa terdekat, DIALOG dijangka terus mencatat pertumbuhan keuntungan, disokong oleh peningkatan kadar sewa terminal bebas dan pemulihan margin dalam segmen EPCC.
Refer 10 orang subscribe Newsletter Ahad RBS untuk dapatkan mug edisi khas dari Team RBS.
Terima kasih kerana melanggan newsletter kami. Teruskan mengikuti kami di media sosial dan podcast Rancak Borak Saham di Youtube untuk kemas kini dan perbincangan menarik tentang pelaburan.
Jumpa lagi.