- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #3: Pasaran Dunia Runtuh, Peningkatan volatility,
Edisi #3: Pasaran Dunia Runtuh, Peningkatan volatility,

Selamat datang ke edisi terbaru newsletter Rancak Borak Saham! Kami komited untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini tentang pelaburan dan pasaran saham.
Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
Apa sebab flash crash pasaran dunia Isnin lalu?
Peningkatan volatility (naik-turun) saham.
Yen carry trade, pendapatan syarikat US melemah dan Sahm indicator.
Analyst naik taraf saham pusat data lagi!
PASARAN
Pasaran dunia flash crash Isnin lepas.
Isnin lalu, pasaran dunia dikejutkan dengan kejatuhan mendadak selepas beberapa melemah minggu sebelumnya. Banyak pasaran dunia melaporkan kejatuhan antara terteruk di dalam sejarah.
Indeks utama Jepun jatuh 13%
Indeks KOSPI di Korea jatuh 8.8%, paling teruk sejak 2008.
Indeks Taiwan jatuh peling teruk sejak 1967.
KLCI jatuh hampir 80 mata.
Beberapa indeks diberhentikan dagangan berikutan jatuh di paras circuit breaker seperti TOPIX di Jepun dan KOSPI di Korea.
Apa punca panik Isnin lepas?
Yen carry trade.
Ia melibatkan pembelian saham dan instrumen pelaburan yang lain dengan meminjam yen. Yen telah menjadi mata wang pembiayaan pilihan untuk perdagangan 'carry' dalam USD dan beberapa mata wang lain kerana kadar faedah Jepun yang rendah.
Akan tetapi, kenaikan kadar faedah di Jepun menjadikan risiko perdagangan menggunakan carry trade ini meningkat dek kerana peningkatan kos berhutang dengan bank Jepun.Laporan pendapatan syarikat dan data ekonomi di US yang melemah.
Pada hari Jumaat minggu sebelumnya di US, saham merosot dengan ketara apabila laporan pekerjaan untuk bulan Julai yang jauh lebih lemah daripada jangkaan mencetuskan kebimbangan bahawa ekonomi mungkin akan jatuh ke dalam kemelesetan.
Syarikat-syarikat mega dalam sektor teknologi mengumumkan laporan suku tahunan yang di bawah jangkaan, yang menambah ketakutan di kalangan pelaburNasdaq menjadi yang pertama daripada tiga penanda aras utama memasuki zon pembetulan, turun lebih daripada 10% daripada paras tertinggi rekodnya. S&P 500 dan Dow masing-masing berada 5.7% dan 3.9% di bawah paras tertinggi sepanjang masa mereka.
Sahm indicator
Sahm ini bukan saham. Jangan terkeliru, hehe.
Indicator ini diterbitkan oleh St. Louis Federal Reserve pada 2019. Indicator ini menyebut bahawa ekonomi mengalami kemelesetan sekiranya kadar pengangguran (unemployment rate) naik 0.5% purata 3 bulan atau lebih berbanding kadar 12 bulan lepas.
Paul Krugman, seorang ahli ekonomi US tulis artikel pada 30 Julai 2024; Beliau anggarkan Sahm Rule akan cetuskan panik. Beliau juga kata jangan panik. Kita belum berada dalam kemelesetan, tetapi ini sememangnya satu petunjuk bahawa FED mesti memotong kadar faedah, jangan tunggu sehingga bulan 9.
TIPS
Apa perlu buat bila pasaran panik?
Mungkin tulisan kami di bawah akan ada yang anggap tidak professional, tetapi ini realiti pasaran saham.
Saham jatuh disebab investor jual dan naik disebabkan investor beli. Pakar-pakar akan cari alasan untuk justify kenapa saham jatuh. Sudah jadi baru tahu sebab apa jadi.
Bagi kita sebagai pelabur kecil, jika kita sudah memahami asas fundamental syarikat dengan baik, kita tidak perlu takut dengan keadaan naik turun saham dalam jangka pendek kecuali jika keadaan ekonomi benar-benar boleh menggugat operasi perniagaan syarikat tersebut.
Banyak saham Malaysia yang di bawah nilai pasaran boleh kita pegang untuk jangka panjang, memberi peluang kepada kita untuk membeli saham pada harga yang lebih murah dalam keadaan seperti sekarang
Bak kata Presiden Trump:
“Make Malaysia great again”

eh
SAHAM
Analyst TA naik taraf saham PGF
PGF - Building Material TP RM2.76
Prestasi PGF Capital (PGF) pada 1QFY25 menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan peningkatan keuntungan teras sebanyak 60% YoY, didorong oleh permintaan yang tinggi dari pasaran Autralia, yang menyumbang lebih 70% daripada hasil keseluruhan. Syarikat ini juga sedang merancang untuk membina kilang baru di Kulim dengan kapasiti pengeluaran 65,000mt setahun.
Projek pembangunan perumahan di Tanjung Malim kekal sebagai faktor yang tidak menentu, namun PGF yakin akan memperoleh kelulusan pembangunan.
Selain itu, PGF yakin akan memperolehi order dari projek LRT dan expand lapangan terbang di Pulau Pinang. TA Securities telah menetapkan saranan BUY dengan TP RM2.76
Terima kasih kerana melanggan Newsletter Ahad RBS. Teruskan mengikuti kami di media sosial dan podcast Rancak Borak Saham di Youtube untuk kemas kini dan perbincangan menarik tentang pelaburan.
Jumpa lagi.