- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #2: GDP US, Analis payung TT Vision, Tips saham dari Sifu Nombor 2!
Edisi #2: GDP US, Analis payung TT Vision, Tips saham dari Sifu Nombor 2!

Selamat datang ke edisi terbaru newsletter Rancak Borak Saham! Kami komited untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini tentang pelaburan dan pasaran saham.
Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
GDP terkini US
Tips saham dari Sifu Nombor 2 Malaya.
Saham small cap US masih mendominasi pasaran US
Analyst naik taraf saham TT Vision, belian pelabur luar dalam syarikat.
EKONOMI
GDP US naik kepada 2.8%
Ekonomi Amerika meneruskan momentum pemulihan dengan GDP untuk suku ke-2 2024 diumum naik kepada 2.8% berbanding 1.4% pada suku pertama 2024. Dalam newsletter yang lepas kami kemas kini data Malaysia yg turut menunjukkan kenaikan GDP. Ekonomi Amerika bikin panas pendapat ramai orang dengan GDP yang kuat.

TIPS SAHAM
Tips saham dari sifu nombor 2 Malaya
Info sangat penting.
Pastikan anda mendapat info terbaru berkenaan dengan pasaran saham dan peristiwa yang memberi kesan kepada pergerakan pasaran. Buat senarai pendek syarikat yang anda minat dan semak saham mereka serta keadaan semasa pasaran.
Bermula dengan langkah kecil.
Fokus hanya kepada 1 atau 2 stocks sahaja supaya kita dapat membiasakan diri untuk mengkaji syarikat dan saham terbabit. Selain itu, buat perkiraan berapa modal yang anda sanggup risikokan dalam 1 dagangan. Jika anda ada RM10,000 modal dan sanggup risikokan 1% dalam setiap dagangan, maksudnya anda merisikokan RM100 kerugian setiap kali berdagang.
PASARAN
Saham small cap di US buat comeback.
Setelah mengalami tekanan jualan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, indeks Russell 2000 kini menunjukkan tanda-tanda kebangkitan semula, mengatasi prestasi Nasdaq dalam tempoh yang sama.
Mari kita lihat apa yang berlaku dan apa yang boleh kita pelajari dari pergerakan pasaran ini.
Russell 2000 terdiri daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang kebanyakannya berpangkalan di Amerika Syarikat dan lebih terdedah kepada ekonomi domestik.
Apabila indeks ini mengatasi Nasdaq, ia mungkin menunjukkan bahawa dengan ura-ura pemotongan kadar faedah di AS yang boleh memberi manfaat yang besar kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Carta small cap vs Nasdaq dari sedutan minggu lepas
Selepas kemas kini yang kami beri minggu lepas di dalam newsletter ini, saham small cap US masih meneruskan kenaikan berbanding saham Nasdaq. Cuma kerisauan kami pada kualiti saham di salam index ini yang kebanyakannya kurang memuaskan.
Mungkin dalam edisi yang akan datang, kami akan kupas pula tentang indeks untuk saham saiz sederhana di US. Saham saiz sederhana Malaysia pun sangat kuat prestasinya tahun ini. Banyak kali pecah rekod sampai ke paras tertinggi dalam sejarah.
SAHAM
Saham TT Vision dapat perhatian analis Philip Capital.
Minggu ini digemparkan dengan berita Prudential Plc telah menjadi salah satu pemegang saham terbesar di dalam syarikat TT Vision.
TTVHB - Sektor Technology
1. Phillip Capital mengekalkan cadangan 'beli' untuk TT Vision Holdings pada RM1.06, dengan target harga RM1.50. Mereka menjangka pendapatan TTV akan meningkat pada suku kedua 2024 kerana peningkatan pesanan dan backlog yang kukuh. TTV menerima pesanan baru sekitar RM10 juta dalam sektor solar, optoelektronik, dan semikonduktor.
2. Kerjasama baru TTV dengan Wuxi Autowell juga berjalan baik, dengan renovasi kilang siap Ogos dan 50 pekerja diambil. Mereka mendapat pesanan awal untuk dua mesin bernilai RM2.5 juta, dengan pengeluaran bermula September dan penghantaran sebelum akhir tahun. Ini berpotensi meningkatkan penilaian syarikat.
OPTIMAX - Sektor HEALTHCARE
Optimax dijangka mengalami pertumbuhan pesat dengan pembukaan pusat rawatan baharu dan mesin PRESBYOND untuk presbyopia. Mesin ini unik kerana menjadi yang pertama di Malaysia, menawarkan rawatan laser bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Dengan pembukaan pusat baru di Selangor, Kota Kinabalu, dan Cambodia, serta rancangan untuk Selgate Setia Alam dan Kempas, pendapatan dijangka meningkat. CGS mengekalkan cadangan "tambahan" dengan harga jangkaan RM0.87, dengan optimise pertumbuhan yang kukuh.

INFOMA - Sektor Technology
Bank Islam mengekalkan penilaian 'BUY' dengan harga sasaran RM1.78, berkat pertumbuhan positif dalam segmen Renewal dan Turnkey. Walaupun pendapatan turun 10.4% YoY akibat kesan asas tinggi tahun sebelumnya, prestasi Turnkey meningkat 21% YoY.

Syarikat ini optimis dengan pelaburan strategik dalam R&D dan teknologi, serta penggunaan AI dan API. Ramalan pendapatan FY25-26F kekal, dengan unjuran pendapatan FY27F sebanyak RM60.1 juta. Penilaian dibuat pada 23.4x PER, dengan diskaun 10% untuk mengira risiko potensi penurunan kontrak dari pelanggan Renewal dan Turnkey.
Terima kasih kerana melanggan newsletter kami. Teruskan mengikuti kami di media sosial dan podcast Rancak Borak Saham di Youtube untuk kemas kini dan perbincangan menarik tentang pelaburan.
Jumpa lagi.