- Rancak Borak Saham
- Posts
- Edisi #1: GDP Malaysia, Trump Trade, Saham Small Cap US & Pusat Data.
Edisi #1: GDP Malaysia, Trump Trade, Saham Small Cap US & Pusat Data.

Selamat datang ke edisi terbaru newsletter Rancak Borak Saham! Kami komited untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini tentang pelaburan dan pasaran saham.
Dalam edisi kali ini, kami kupaskan:
GDP terkini Malaysia (diumum 19/7/2024)
“Trump trade” bakal digunakan semula?
Saham small cap di US buat comeback.
Analyst naik taraf saham pusat data lagi!
EKONOMI
GDP Malaysia naik kepada 5.8%
Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pemulihan dengan GDP Malaysia untuk suku ke-2 2024 diumum naik kepada 5.8% berbanding 4.2% pada suku pertama 2024. Data ini diumum pada Jumaat 19/7/2024 lepas.

Menariknya, kenaikan ini menyeluruh dalam semua sektor ekonomi. Peningkatan paling ketara dalam sektor pembinaan dengan kenaikan sebanyak 17%. Ini berikutan kontrak-kontrak projek pembinaan yang diumum dan juga berkaitan dengan pembinaan pusat data meningkat.
Analis dari beberapa bank pelaburan menjangkakan GDP Malaysia mampu melebihi 5% untuk tahun penuh 2024 jika momentum kenaikan mampu dikekalkan.
TIPS
“Trump trade” bakal digunakan semula trader?
Baru-baru ini, pasaran saham mengalami kejatuhan yang ketara akibat komen kontroversi dari bekas Presiden AS, Donald Trump. Dalam kenyataan terbarunya, Trump menyatakan bahawa Taiwan perlu membayar untuk perlindungan daripada China kepada Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga menghalang Federal Reserve (Fed) daripada menurunkan kadar faedah sebelum pilihan raya AS. Reaksi negatif pasaran menunjukkan bahawa "Trump trade" mungkin kembali menjadi tumpuan para pelabur.

Apa Itu “Trump Trade”?
"Trump trade" merujuk kepada strategi perdagangan yang muncul semasa Trump menjadi Presiden AS. Pada masa itu, pasaran saham menunjukkan reaksi yang ketara terhadap dasar dan kenyataan Trump, terutamanya berkaitan perdagangan, ekonomi, dan geopolitik. Pelabur sering membuat keputusan berdasarkan spekulasi tentang bagaimana dasar Trump akan mempengaruhi pasaran.
Impak Kepada Pasaran Saham
Kejatuhan pasaran baru-baru ini mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap ketidakpastian yang dibawa oleh komen Trump. Walaupun Trump bukan lagi Presiden, pengaruhnya terhadap sentimen pasaran masih kuat. Ini menunjukkan bahawa "Trump trade" mungkin kembali relevan, di mana pelabur perlu bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang kenyataan atau langkah politik yang boleh memberi kesan kepada pasaran.
PASARAN
Saham small cap di US buat comeback.
Setelah mengalami tekanan jualan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, indeks Russell 2000 kini menunjukkan tanda-tanda kebangkitan semula, mengatasi prestasi Nasdaq dalam tempoh yang sama.
Mari kita lihat apa yang berlaku dan apa yang boleh kita pelajari dari pergerakan pasaran ini.
Russell 2000 terdiri daripada syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang kebanyakannya berpangkalan di Amerika Syarikat dan lebih terdedah kepada ekonomi domestik.
Apabila indeks ini mengatasi Nasdaq, ia mungkin menunjukkan bahawa dengan ura-ura pemotongan kadar faedah di AS yang boleh memberi manfaat yang besar kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Kadar faedah yang rendah boleh membantu syarikat-syarikat dalam Russell 2000 untuk mendapatkan pembiayaan yang lebih murah dan merangsang perniagaan mereka. Ini kerana syarikat mega di AS telah lama naik disebabkan mereka banyak simpanan tunai dan tidak bergantung pada pembiayaan seperti saham di dalam Russel 2000.
SAHAM
Analyst naik taraf saham pusat data lagi!
Musim pusat data, makin ramai analis mula buat coverage saham-saham berkaitan saham pusat data. Ada analis yang sudah beri komen awal, menaik taraf lagi penarafan.
SNS Network Technology (SNS) oleh analis Rakuten

SNS sedang berkembang pesat dalam pasaran pelayan AI (kecerdasan buatan). Sejak laporan terakhir Rakuten, harga saham SNS telah meningkat sebanyak 105%! Analis Rakuten mengekalkan saranan beli untuk saham ini dengan harga sasaran RM1.23.
Kenapa SNS Menarik?
Peranan Penting dalam AI: SNS memainkan peranan utama dalam memperkenalkan teknologi AI di Malaysia dan bekerjasama dengan syarikat besar seperti Supermicro untuk menjual pelayan GPU AI dengan cip Nvidia H100.
Peluang Masa Depan: Baru-baru ini, SNS menerima tempahan besar bernilai RM85.5 juta untuk pelayan AI daripada syarikat e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Pelayan ini akan dihantar ke Johor Bahru pada Ogos 2024.
MN Holdings Berhad (MNHLDG) oleh Philip Capital

Analis dari Philip Capital menaik harga sasaran MNHLDG kepada RM1.20 kerana kenaikan permintaan tenaga elektrik di Malaysia. Ini disebabkan pertumbuhan pelaburan berkaitan AI yang memerlukan lebih banyak pusat data dan tenaga untuk kegunaan pusat data di Malaysia.
Terima kasih kerana melanggan newsletter kami. Teruskan mengikuti kami di media sosial dan podcast Rancak Borak Saham di Youtube untuk kemas kini dan perbincangan menarik tentang pelaburan.
Episod podcast pertama kami:
Jumpa lagi.